Saturday, February 23, 2013

Pandai vs Kurang Pandai

Hari ini aku belajar banyak benda .. satu benda menarik perhatian aku ..
Dalam satu kuliah .. dengan pelajar yang berjumlah cuma 7-11 orang ..
Pensyarah menceritakan perihal orang yang sering menemui kegagalan .. para pelajar khusyuk mendengar perkongsian itu .. cerita itu menarik telinga untuk mendengar dan otak turut sama berfikir ... pensyarah mengatakan "saya belajar dan turut menemui kegagalan .. kegagalan itu mengajar erti kehidupan kepada kita " .. dari situ benak fikiran saya berfikir ... betul apa yang lecturer katanya .. kemudian dia bandingkan dengan orang bijak pandai .. 100% saya setuju dengan setiap perkataan yang diucapkan oleh beliau ..iaitu bahawa orang yang tidak pernah gagal ini sentiasa inginkan kesempurnaan .. dimana jika seseorang pensyarah itu belajar tinggi dan tidak pernah gagal .. dari situ dia inginkan kesempurnaan untuk pelajarnya... tetapi bagaimana pula dengan pelajar yang terkeluar dari skop @ kriteria yang ingin pensyarah itu inginkan ...
Kata-kata pensyarah saya itu benar ... orang terpelajar berfikiran lain dari orang lain .. sehinggakan tidak dapat diramal apa yang akan dilakukan oleh seseorang yang intelektualnyabyang tinggi .

Menyingkap kata-kata pensyarah saya tadi .. ia mengajar saya erti mengenang jasa dan sentiasa mengingati yang tidak mampu .. tidak semua manusia mempunyai potensi yang sama . Semuanya berbeza .

No comments: