Satu hari aku keluar bersama ibu , makcik dan sepupuku ... tujuan kami keluar untuk pergi mengurut bomoh patah ... waktu dah nak dekat tengahari ... tepat jam 11 tengahari ibu mengajak untuk makan di warung berhampiran .. tetapi aku enggan berhenti terus memandu kerana warung itu diseberang jalan .. memandangkan sepupuku bertongkat .. aku keberatan untuk berhenti .... di hati aku berfikir .. di hadapan ada warung lagi .. ibu mengatakan makanan disitu enak-enak belaka .. kemudian aku terus memandu sampai ke rumah taman untuk mengambil dua guni serai untuk ditanam di rumah kampung.. Sampainya dirumah taman .. guni serai itu terletak di belakang rumah .. tanpa membuang masa aku memanjat pintu pagar belakang kerana berkunci ... selesai menyimpan guni itu kedalam bonet kereta .. aku terus memandu untuk pergi ke bomoh patah tadi .. sampai satu simpang aku teringat akan warung-warung yang terdapat di sepanjang jalan yang berdekatan dengan stesen bas ... aku terus membelok ke kiri simpang tanpa menghiraukan lampu isyarat yang sedang merah .. disitu terdapat satu kedai biasa je .. lauk pauknya juga tidak banyak .. ibu mengatakan cukup untuk alas perut..aku cuma makan ikan keli masak cili .. ibu cuma makan sayur-sayuran dan sedikit kuah .. sepupuku pula hanya seketul ayam .. makcik begitu juga .. Sewaktu sedang kami asyik menjamah makanan ... seekor ibu kucing menghampiri meja kami dan seperti meminta makanan .. aku tanpa rasa geli tambah kesian memberi sedikit ikan keli yang aku makan .... pada waktu yang sama ... datang pula seekor anak kucing .. macam kucing siam .. dia berada di kaki aku ketika itu bermain tali sandal yang aku pakai ... ia begitu comel sekali .. terasa nak bawa balik je ... aku minta kebenaran kepada ibu untuk bawa pulang si kecil comel ... kemudian ibu bertanya kepada peniaga kedai makan itu .. " Kucing ni xde tuan ke encik " .. lantas encik itu menjawab .. " Banyak kucing orang buang dekat sini , kami buang kadang-kadang .. lepas itu orang lain buang balik dekat sini .." .. Selesai aku makan terus minda aku berfikir untuk bawa pulang si kecil tu pulang ke rumah .. Lantas aku bangun dan pegang si comel masuk ke dalam .. tanpa menghiraukan sesiapa yang berada di kedai itu .. sebab hati aku ketika itu begitu gembira .. ibuku tak marah .. selalunya ibuku melarang untuk bawa pulang kucing jalanan .. Aku sepatutnya memandu terus ke tempat bomoh patah itu .. tetapi disebabkan kucing tadi aku terus tukar rancangan .. dimana aku terus pulang ke rumah untuk menghantar si comel pulang ..sesampainya dirumah adik sudah balik dari sekolah .. sedang asyik dia menonton televisyen aku memberi si comel tadi kepada dia ... terserlah kegembiraan di wajah adikku .. aku dapat rasakan kegembiraan itu .. ketika itu aku sempat bermain seketika bersama si comel .. kerana aku perlu bergegas untuk solat Jumaat .. aku terus meninggalkan si comel bermain bersama adik beradik aku .. aku gembira melihat adik aku bahagia ..selesainya aku solat .. aku menapak terus ke rumah .. sampainya dirumah si comel membuang air besar di atas sofa .. kemudian diikuti sofa seterusnya .. kesemua sofa di lepaskan air besarnya ... itu sudah menjadi kebiasaan apabila membela kucing yang baru .. ia tidak menjadi masalah.. sejak itu si comel di letakkan di belakang rumah bersama dengan tikus yang turut dipelihara oleh kami .. bila terasa sunyi comel menjadi teman penyeri bagi aku .. tetapi disebabkan sibuk dengan keluarga ..
Tetapi ..... tetapi ... tapi .. sob2 ..
Si comel tidak dapat hidup lama .. cuma lima hari dia bersama kami .. pada hari ketiga kami pulang dari kampung selepas menghantar sepupu yang baru berusia 3 tahun yang ingin pulang ke rumah .. aku terus pergi untuk membuka pintu untuk si comel keluar bermain setelah terkurung selama 1 hari setengah di belakang .. entah makan atau tidak .. seperti biasa si comel akan ke depan untuk bersama kami di ruang tamu ... tapi ketika itu tiba-tiba ia muntah air kuning .. ketika itu aku sedang rebus ikan untuk si comel makan .. adik aku memeriksa si comel .. comel masih ada tenaga ketika itu .. masih boleh berjalan .. tapi inginkan teman .. ketika berada di dalam bilik comel tidak ingin bersendirian .. terpancar diwajah ia untuk teman .. saya memberi tahu kepada adik saya untuk memberi sedikit .. secubit panadol untuk diberikan kepada comel .. malah itu lagi memburukkan keadaan si comel .. muntah ia tidak berhenti ... merata-rata si comel muntah .. hati mula rasa sebak ketika itu .. ingin saja aku membawa ke veterinar tapi hari sudah malam .. klinik pun sudah tutup .. aku cuma berharap comel dapat bertahan sehingga keesokan hari .. Keesokan hari comel nampak sihat sedikit cuma tiada selera makan ... mula dari situ hati aku mula tidak tenteram .. ingin dibawa ke veterinar tapi ayahku mengatakan mahal kos rawatannya .. aku tidak boleh kata apa-apa .. kemudian aku mandi .. ibuku memberi lagi panadol kepada si comel .. betapa lemahnya aku selepas mandi melihat si comel terkulai layu di dakapan ibu .. aku tidak mampu berbuat apa-apa .. kemudian aku cuba melayari internet berkenaan PANADOL yang aku berikan ke si comel .. betapa terkejutnya aku ketika itu kerana Panadol tidak boleh diberikan kepada kucing kerana ia seakan racun kepada binatang .. dari situ aku putus harapan ... dengan sebaknya aku melihat si comel ... terpandang selintas lalu mengenai kehebatan air kelapa .. aku terus pergi ke pasar bersama ibu untuk mencari sebiji kelapa .. kemudian bawa pulang ke rumah untuk diberikan kepada si comel .. sampainya dirumah ibu terus mengcungkil kelapa yang telah dipotong di kedai tadi .. dan mengambil airnya untuk diberikan kepada si comel .. Adikku cuba untuk memberi minum kepadanya ... tetapi tidak berjaya .. hanya sedikit diminum oleh comel.. kemudian ibu mencuba pula untuk memberi minum .. sebaik ibu cuba untuk memberi minum .. tiba-tiba si comel kancing gigi .. lalu jari ibu digigit oleh comel .. kesian ibu aku melihat .. tangan ibu berdenyut-denyut ketika itu .. lalu ayahku pulang ketika itu .. ibuku menceritakan mengenai gigitan si comel tadi ... lalu ayah terus membawa ibu ke hospital yang berdekatan untuk cucuk ... comel sudah tidak bermaya .. tangan comel mula merekot .. seperti orang strok .. kesian comel aku lihat .. air kelapa tadi cuba untuk mengeluarkan panadol tadi .. tapi comel dah tidak kuat .. hanya mampu berbaring ..bunyi comel seperti meminta pertolongan .. semangat untuk comel hidup tinggi .. tetapi badanya sudah tidak mampu melawan virus yang sudah tersebar satu badan .. ketika itu hatiku begitu sebak melihat comel yang terkulai layu .. comel mula muntah dan muntah .. aku ingin membantu tetapi tidak mampu ... setelah comel mengeletar beberapa kali jantung comel berhenti berdegup .. aku makin sebak melihat comel ... aku meminta adikku untuk mengambil segulung tisu untuk aku membalut si comel .. entah tiba-tiba .. air mata aku mula mengalir tatkala aku menyentuh comel .. tetapi aku bertegas mengatakan comel masih hidup .. tidak tahan sebak tadi .. aku menangis .. aku aku turut sama menangis ... aku sangat si comel .. tapi tuhan lebih sayangkan comel .. selepas beberapa minit .. aku dan adik membalut comel perlahan-lahan .. sehingga melitupi seluruh tubuh comel .. dengan air mata aku membalut comel .. aku berasa serba salah kerana tidak cukup memberi perhatian kepada comel ... ibu masih di hospital menunggu giliran .. selesai membalut aku dan adik pergi mengorek lubang untuk menanam comel .. setelah selesai mengorek lubang aku dan adik menyusun sekeping demi sekeping kadbod yang ada berhampiran sebagai lapik untuk tahan tanah dari hempap comel ...adik aku kata " Epo hari ini comel tidur atas tanah .. sampai bila-bila dia tidur " .. aku masih sebak ketika itu .. selesai pengebumian comel .. aku lambai tangan kepada comel kerana comel berada di alam lain .. Setelah beberapa jam .. ibu dan ayah pulang .. ibu jari ibu dibalut sesampainya dirumah .. doktor memberi sedikit ubat kepada ibu .. InsyaAllah ibu selamat ... Pada hari yang sama .. ibu & ayah mengemas tempat tidur comel .. dan pasir untuk comel buang air .. tetapi comel pergi tanpa merasai .. bila aku terlihat tempat tidur comel ... sebak hatiku .. entah kenapa .
p/s : Yang Hidup Pasti Pergi, Yang Masih Hidup Teruskan Hidup .
