Monday, February 28, 2011

Bulu Kucing

Hukum Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu 

menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat ).

Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu 

binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika 
di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia
dihukumkan sebagai bangkai.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri 

adiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu 
Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol 
unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong 
daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim) Hadis 
ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di
mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang
itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah
daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang

dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup,
maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati.
Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang 
itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab 
An-Najasah ayat 1/115).

SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada 

bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang
terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka 
bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan
telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis.
(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai 
contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama
ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun 
sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka
dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong 

ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti 
ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu 
bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga 
halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang 
terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti
ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau
itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena 
disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut
bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya
akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu
seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis
atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan.
(Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

PENGGUNAAN BULU BINATANG

Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada 

bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya 
adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis,
menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama 
ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat
Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan 
adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan 
babi.Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya 
peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya 
kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian
lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat
kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah,
Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi 
l-Fidhah ayat 4/387).

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang

yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah 
tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu 

hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh
badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang 
yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu
tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu
yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan.
Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit.
(AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang 

mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?

Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang

itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka 
pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia 
mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalka
atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut
Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis
itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah
terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan
pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai
dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar
atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau
anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah 
ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar 
yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah 
An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan

dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam
memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini
diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti
ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, 
bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan
setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan
akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada 
semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki,
ia adalah suci.


Thursday, February 10, 2011

Diam

Diam ...
Kadang - kadang diam  elok jugak ...
Pernah kita dengar cakap orang dulu - dulu ...
Lebih baik diam daripada bercakap ...
Kerana kalau kita bercakap atau menyampuk dengan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ...
Baik diam ....

Tatkala aku diam ...
Orang fikir aku malu ...
Orang fikir aku malas ...
Orang fikir aku tidak tahu apa - apa ...
Orang fikir aku cool ...
Hati sentiasa berbelah bagi untuk mengeluarkan sesuatu perkataan itu ...
Kerana apa ...
Kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa ....
Kerana aku sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum aku berkata ...

Tuesday, February 1, 2011

...♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥...
...♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥...
...♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥...
...♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥...
...♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥...
...♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥...
...♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥...
Setiap hari kita menyembahNya ....
 Tidak kira dimana kita berada ...
Kita sentiasa mengingati-Nya ...
Namun masih ada segelintir manusia yang masih lupa diri ...
Bahawa Dia yang mencipta kita .....
Dengan lima kali sehari semalam kita menyembah-Nya ...
Itu sahaja tidak memadai ...
Ditambah pula dengan perencah ...
Seperti zikir , solat sunat , dan amalan sunat ....
Dikuti dengan bacaan kitab suci Al-Quran ...
Alunan yang merdu mengikut tajwid pasti kita sentiasa dirahmati-Nya ...
Kita hanyalah hamba-Nya yang kerdil lagi tidak berdaya ..
Dengan tenaga dan kudrat yang masih diberi oleh-Nya ...
Gunakanlah sebaiknya .... 
Permata yang bersinar jika dikotori pasti hilang sinar yang memancar ..
Namun jika digilap kembali pasti sinarnya pasti kembali terserlah ..
Begitu juga manusia .... 
Tiada yang sempurna di dunia ini ...
Tidak lari dari dosa ...
Allah itu sentiasa ada ...
Sentiasa mendengar rintihan dan doa manusia ... 
Sentiasa memerhati dan mengetahui setiap gerak geri kita walaupun tersembunyi ...
 Setiap lafaz kita dicatat oleh dua malaikat kiri kanan iaitu raqib dan atiq ....
 Alhamdulillah ..
Subhanallah ...
Allahuakhbar ....



Bosan Giler